BerkahWaktuku Bertambah Ilmuku (Ayat dan Hadis tentang kewajiban memanfaat kan waktu dan menuntut ilmu) A. TUJUAN - Menjelaskan isi kandungan Q.S. al-Ashr (103) dan Q.S. al-'Alaq (96) tentang menghargai waktu dan menuntut ilmu. - Menjelaskan keterkaitan isi kandungan Q.S. al-Ashr (103) dan Q.S. al-'Alaq (9 6) tentang menghargai waktu dan
Ilmu Rijalul Hadis adalah ilmu untuk mengetahui para perawi hadis dalam kapasitasnya sebagai periwayat hadis. Maksudnya adalah ilmu yang membahas seluk beluk dan sejarah kehidupan para periwayat, baik dari generasi sahabat, tabi’in maupun tabi’ tabi’ pengertian tersebut, dapat diambil kesimpulan bahwa kedudukan ilmu ini sangat penting, mengingat obyek kajiannya pada “matan” dan “sanad“, sebab kemunculan ilmu Rijalul Hadis pada periwayatan hadis sudah mengambil porsi khusus permasalahan-permasalahan pada sanad. Oleh sebab itu, mempelajari ilmu ini sangat penting, sebab nilai suatu hadis sangat dipengaruhi oleh karakter dan perilaku serta biografi perawi itu ilmu Rijalul Hadis adalah untuk mengetahui dan meneliti apakah dapat diterima atau tidaknya keadaan tokoh-tokoh dalam sanad hadis. Urgensi dikuasainya ilmu ini karena di dalamnya membahas tentang periwayat hadis yang dapat menentukan status sanad hadis. Jika perawi dalam sanad tersebut muttasil berkesinambungan antara guru dan murid dan tsiqah terpercaya pada setiap tingkatannya maka periwayatannya sudah dapat diterima meskipun belum Pentingnya Ilmu Rijalul HadisSebagai contoh urgensi ilmu ini adalah, disebutkan bahwa Umar bin Khathab melarang dan membakar tulisan – tulisan hadis dan sampai memukul sahabat Abu Hurairah. Riwayat yang menyebutkan bahwa Umar pernah menyebarkan edaran ke berbagai daerah agar orang–orang membakar tulisan hadis bersumber dari orang yang bernama Yahya bin Ja’d. Dan setelah diteliti, sanadnya terputus sehingga tidak dapat dipertimbangkan sebagai argumen yang juga riwayat yang mengatakan bahwa Umar pernah memukul Abu Hurairah. Riwayat ini setelah diteliti ternyata palsu, karena bersumber dari seorang Syi’ah yang justru anti sahabat, khususnya Umar. Karenanya riwayat seperti ini juga gugur dari pertimbangan. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Syeikh Abdullah bin Mubarak wafat 181 H, sistem sanad adalah merupakan bagian dari agama Islam, sebab seandainya tidak ada sanad maka setiap orang dapat mengatakan aapa saja dengan menisbahkan kepada Nabi saw.
Homepage/ pertanyaan seputar ilmu rijalul hadits. Tag: pertanyaan seputar ilmu rijalul hadits. Pengertian Rawi. Oleh admin Diposting pada 24 Oktober 2021. Pengertian Rawi Rawi berarti orang yang meriwayatkan hadis. Ada pula yang mengartikan bahwa rawi adalah orang yang memindahkan hadis dari seorang guru kepada orang lain atau membukukannya ke
[Muat Turun Artikel – Format PDF] Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadith telah membuka lembaran baru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmu-ilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam tidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan ilmu-ilmu ini tidak lain dan tidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan maksud al-Quran dan al-Hadith. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu Rijal Hadith iaitu ilmu yang berkait dengan perawi-perawi yang meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah. Ilmu Rijal Hadith adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah mengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Imam Ali bin al-Madini berkata “Kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadith adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu”. Abu Ghuddah, Lamahat, hal. 80 Kata-kata Ibn al-Madini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu rijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadith. Oleh kerana itu, ulama’ menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentang keadaan para perawi hadith. Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah perawi dan kedua, ilmu Jarh wa Ta`dil. Dalam tulisan ini, penulis akan membincangkan pecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangat luas. Ilmu Tarikh al-Ruwat Atau Sejarah Para Perawi Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Kata beliau, ilmu “Tarikh al-Ruwat” ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang berkait dengan periwayatan hadith oleh mereka. Ilmu ini merangkumi biografi dan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula mendengar hadith, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-guru, perawi lain yang menerima hadith daripadanya dan mendengar hadith dari syaikh yang nyanyuk sebelum atau selepas berlaku nyanyuk. Usul al-Hadith, hal. 253. Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadith. Dari satu sudut, ilmu ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada keadaan para perawi. Pengenalan Para Perawi Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi ada kalanya lebih dikenali dengan “kuniyah” atau nisbahnya. Apabila seorang perawi itu dikenali dengan abu fulan bapa si fulan atau ummu fulan ibu si fulan maka itu dikatakan “kuniyah”. “Kuniyah” merupakan panggilan yang cukup utuh dalam sistem panggilan masyarakat Arab yang menggambarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Begitu juga apabila perawi itu dikaitkan dengan sesuatu bangsa, tempat dan keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah. Di samping itu, ada juga perawi yang diberikan “laqab” atau gelaran yang melambangkan kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz, Syaikh al-Islam dan lain-lain. Ulama’ yang menyusun biografi perawi akan memperkenalkan perawi itu dengan namanya, “kuniyah”nya, gelarannya kemudian nisbah kepada negeri. Jika “kuniyah”nya atau gelarannnya lebih terkenal maka itulah yang didahulukan. Pengenalan seseorang perawi akan lebih jelas lagi dengan dinyatakan bapanya, datuknya dan juga moyangnya. Faedahnya ialah apabila terdapat dua orang atau lebih yang mempunyai kesamaan pada nama perawi dan bapanya. Perbezaan akan dikesan dengan melihat kepada nama datuk. Adakalanya perbezaan kepada nama perawi yang sama dengan melihat kepada nisbah negeri. Sebagai contoh terdapat enam orang yang bernama al-Khalil bin Ahmad. Dalam satu masa ada empat orang yang bernama Ahmad bin Ja`afar bin Hamdan. Dalam pengajian hadith mereka ini dipanggil “al-muttafiq wa al-muftariq” iaitu sama pada nama tetapi berbeza individu. Taisir Mustalah al-Hadith, hal. 206 Satu kisah yang cukup menarik untuk disebutkan di sini yang diceritakan oleh Abu al-Farj al-Muafi bin Zakaria al-Nahrawani. Kata beliau “Pada satu tahun saya menunaikan haji dan ketika di Mina saya terdengar seorang yang memanggil, wahai Abu al-Farj. Sayapun berkata, mungkin dia mencari saya. Kemudian saya terfikir, ramai lagi orang yang di”kuniyah”kan dengan Abu al-Farj maka saya tidak menyahut. Kemudian saya mendengar orang itu memanggil Abu al-Farj al-Muafi. Lalu saya ingin benar untuk menyahut kemudian saya terfikir ada ramai lagi yang dipanggil Abu al-Farj al-Muafi maka saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Muafi bin Jaafar lalu saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Muafi bin Jaafar al-Nahrawani. Maka sayapun berkata tidak syak lagi tentu dia memanggil saya kerana dia telah menyebut “kuniyah” saya, nama saya, nama ayah saya dan negeri saya. Lalu saya berkata kepadanya, sayalah orang itu, apa yang anda perlukan? Lalu dia bertanya agaknya anda datang dari Nahrawan Timur. Maka saya menjawab, ya. Maka dia berkata, kami mahukan Abu al-Farj al-Muafi dari Nahrawan Barat. Lalu saya merasa amat kagum dengan kesamaan itu. Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 155 Tahun Kelahiran Dan Kewafatan Tujuan menyatakan tarikh ialah untuk menentukan tabaqah lapisan atau generasi yang perawi itu berada bagi memastikan berlaku bersambung-sambung dalam sanad atau tidak. Ini kerana bersambung-sambung itu syarat bagi kesahihan hadith sementara terputus pula sebab kepada kecaman pada hadith. Selain itu, pendustaan sesetengah perawi dapat dikesan dengan menghitung tahun kewafatan perawi yang didakwa sebagai punca hadith dan tahun perawi yang mendakwa. Diriwayatkan daripada Ismail bin Iyash al-Himsi katanya, satu kali saya berada di Iraq lalu seorang ahli hadith datang kepada saya. Mereka berkata, di sini ada seorang lelaki yang meriwayatkan hadith daripada Khalid bin Ma`dan. Lalu saya bertanya pada tahun berapa anda mencatatkan hadith daripada Khalid. Dia menjawab, pada tahun 113 H. lalu saya berkata, sesungguhnya anda mendakwa bahawa anda telah mendengar daripada Khalid tujuh tahun setelah beliau meninggal dunia. Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 157. Perhatian ulama’ terhadap tahun kelahiran dan kewafatan ini sangat jelas sehingga kitab-kitab mereka tentang perawi dinamakan dengan “al-Tawarikh” sebagaimana yang dapat dilihat pada al-Tarikh al-Kabir karangan Imam al-Bukhari, Tarikh Ibn Abi Khaitham dan juga Tarikh Ibn Main. Ada juga ulama’ yang menyusun nama-nama perawi mengikut tahun kewafatan dan metode ini dikenali dengan “al-Wafayat”. Contohnya, Kitab “al-Tarikh” oleh Abi Bisyr Harun bin Hatim al-Tamimi, “al-Tarikh” karangan Abu Musa Muhammad bin al-Muthanna al-Anazi. Nama Guru Dan Murid Adalah menjadi kebiasaan ulama’ yang menyusun kitab-kitab rijal untuk menyenaraikan guru-guru atau murid-murid bagi perawi atau hanya menyebut mereka yang terkenal sahaja. Di samping itu, disebutkan juga siapakah yang mengambil riwayat secara terus dan juga melalui perantaraan. Semua ini dapat membantu pengkaji rijal hadith untuk mengetahui ada pertemuan antara seorang syaikh dengan perawi itu. Pengarang kitab-kitab rijal akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebutkan guru dan murid. Umpamanya di bawah biografi Imam Ahmad, al-Mizzi menyenaraikan lebih kurang seratus tiga puluh orang guru Imam Ahmad dan lebih kurang lapan puluh orang murid. Tahzib al-Kamal, jil. 1, hal. 437 Pengembaraan Ilmiyyah Pengembaraan atau rihlah memainkan peranan yang penting dalam sejarah ilmu hadith sama ada dari segi pengumpulan hadith atau mengenalpasti kedudukan para perawi. Sejarah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah membeli seekor tunggangan dan mengembara dari Madinah ke Mesir untuk mendapatkan kepastian daripada Uqbah bin Amir adakah beliau mendengar sebuah hadith tentang melindungi orang mukmin. Selepas itu beliau terus pulang tanpa menghiraukan apa-apa urusan. Abu Lubabah, al-Jarh wa al-Ta`dil, hal. 24 Apabila berlaku gejala pemalsuan hadith, para ulama’ mengembara ke setiap ceruk negeri untuk mengkaji punca-punca hadith-hadith maudhu’ lalu mereka dapat mengetahui siapakah yang terlibat dalam jenayah ini. Daripada al-Mua’ammal bin Ismail katanya seorang syaikh telah menceritakan kepada saya beberapa hadith tentang kelebihan surah-surah. Lalu saya berkata kepada syaikh itu “Siapakah yang menceritakan kepada anda?”. Dia menjawab “Seorang lelaki di Madain telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup”. Lalu saya pergi menemuinya dan bertanya “Siapakah yang menceritakan kepada anda?”. Dia menjawab “Seorang syaikh di Wasit telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup”. Lalu saya pergi menemuinya dan dia berkata “Seorang syaikh di Basrah telah menceritakan kepada saya”. Kemudian saya pergi menemuinya dan dia berkata “Seorang syaikh di Abbadan telah menceritakan kepada saya”. Lalu saya pergi menemuinya dan dia menarik tangan saya dan membawa masuk ke sebuah rumah. Tiba-tiba saya dapati di dalamnya sekumpulan pengikut tasawuf bersama seorang syaikh. Lelaki itu berkata kepada saya “Syaikh inilah yang telah menceritakan kepada saya”. Lalu saya berkata “Wahai syaikh! Siapakah yang telah menceritakan kepada anda?”. Dia menjawab “Tidak ada sesiapapun yang menceritakan kepada saya tetapi saya melihat orang ramai tidak memberi perhatian kepada al-Quran maka saya menciptakan hadith ini untuk mereka supaya hati-hati mereka kembali berpaling kepada al-Quran”. al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, hal. 222 Faedah daripada mencatatkan tempat-tempat dan tahun pengembaraan ialah untuk menentukan bersambung-sambungnya sanad perawi itu dengan ulama’ hadith di negeri itu. Contohnya sekiranya perawi itu tidak pernah sampai di Mesir dan tidak didapati bahawa ada ulama’ Mesir yang bertemu dengannya, lalu perawi itu meriwayatkan satu hadith dari ulama’ Mesir maka para ulama’ hadith akan berhati-hati dengannya. Ini kerana sudah ada syubhat dalam riwayat ini dan memberi gambaran bahawa sanad hadith itu tidak bersambung di samping mengambil kira penilaian yang lain seperti perawi itu dituduh berdusta, tidak tepat atau lalai. Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 162 Perhatian Terhadap Sanad Sebagai Tuntutan Menjaga Hadith Hadith sebagai huraian kepada makna al-Quran. Seseorang mujtahid atau ulama’ tidak akan dapat memahami makna al-Quran sehinggalah beliau dapat menguasai hadith-hadith Rasulullah Oleh itu, hadith dikatakan sebagai praktik atau jelmaan kepada ajaran al-Quran. Oleh kerana hadith itu hanya sabit dengan adanya sanad yang dipercayai dan sanad itu merupakan rantaian para perawi, maka menjadi tugas umat ini untuk memeriksa dan mengenali para perawi. Adalah wajib kepada kita dalam menjaga sunnah untuk mengenali siapakah yang membawa hadith-hadith Rasulullah. Ini kerana periwayatan hadith itu ada kalanya dilakukan orang yang wajib kita menerima beritanya dan orang wajib kita menolaknya. Ini bererti terdapat kelas-kelas yang tertentu bagi para perawi yang menukilkan hadith. Memeriksa kedudukan para perawi sangat penting dalam menentukan kesahihan riwayat hadith. Lebih-lebih lagi dalam berinteraksi dengan berita-berita sejarah kerana kelonggaran dalam menukilkan peristiwa-peristiwa lebih ketara lagi. Ilmu Rijal Hadith ini sangat penting dalam berhadapan dengan pereka-pereka hadith. Kata Sufyan al-Thauri “Apabila para perawi menggunakan dusta dalam periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka”. al-Khatib, al-Kifayah, hal. 119 Di sisi ulama’ hadith, sanad adalah jalan yang menyampaikan kepada matan bagi hadith. Sanad merupakan ciri khusus umat Islam. Sebelum kedatangan Islam, sejarah tidak mengenali konsep sanad dalam menukilkan berita-berita malah kebenaran kitab-kitab suci agama sebelum Islam tidak dapat dibuktikan kerana sejarah kewujudannya tidak jelas. Apatah lagi dengan kitab-kitab sejarah. Kita boleh lihat kepada Injil iaitu Matta, Marks, Yuhanna dan Luke. Keempat-empat orang pengarang ini tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa Sejarah tidak dapat memberikan jawapan siapakah yang meriwayatkan injil-injil ini daripada Nabi Isa Tambahan pula, tidak diketahui bahasa asalnya, bagaimana mungkin diyakini kebenarannya? Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, hal. 30 Berbeza dengan keadaan Islam, setiap sumbernya itu mempunyai sanad yang jelas. Setiap hadith yang didakwa berasal daripada Rasulullah mempunyai sanad walaupun ianya hadith dhaif. Ulama Islam mengkaji hadith–hadith Rasulullah dari sudut matan dan sanadnya sekali. Bahkan mereka menetapkan bahawa sanad itu adalah juzuk yang penting bagi hadith. Tanpa sanad sesuatu tidak akan diterima. Dalam hal ini, Abdullah bin Mubarak mengucapkan kata-katanya yang sangat masyhur iaitu الإسناد من الدين. ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء. “Sanad itu sebahagian daripada agama. Tanpanya siapa sahaja akan mengatakan apa yang dia mahu kata.” Sahih Muslim, hal. 9 Dengan kedatangan Islam, tradisi sanad bukan sahaja digunakan dalam kitab-kitab hadith malah meliputi kitab sejarah, bahasa dan sastera. Cara Menguji Para Perawi Para imam ilmu rijal akan memeriksa keadaan perawi dari segi sejauh mana dia menjaga perintah-perintah Allah dan menjauhi kemungkaran. Untuk itu, ulama’ akan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perawi tersebut. Al-Hasan bin Saleh berkata “Apabila kami mahu menulis tentang seorang perawi, kami akan bertanya tentangnya sehingga dikatakan orang “Adakah anda mahu mengahwinkannya?”. Sekiranya seorang imam diceritakan hadith dari seseorang syaikh yang masih hidup, maka imam tersebut akan menemui syaikh tersebut untuk mendapatkan kepastian adakah benar begitu atau tidak. Syu’bah berkata “al-Hasan bin Amarah berkata bahawa al-Hakam telah menceritakan kepada saya daripada Yahya bin al-Jazzar daripada Ali sebanyak tujuh buah hadith. Lalu saya menemui al-Hakam dan bertanya kepadanya. Al-Hakam menjawab saya tidak pernah mendengar apa-apa daripada Yahya”. Ini menunjukkan bahawa hadith-hadith itu telah disandarkan kepada al-Hakam sedangkan beliau tidak pernah meriwayatkannya.al-Muallimi, Ilm al-Rijal wa Ahamiyyatuh, hal. 5 Jika imam itu mendengar hadith yang diriwayatkan daripada syaikh yang telah meninggal dunia maka beliau akan bertanya kepada perawi, bila syaikh itu meninggal dunia? Bilakah anda bertemu dengannya dan di mana? Kemudian imam itu akan membandingkan jawapan-jawapan tersebut dengan maklumat yang ada pada beliau tentang syaikh tersebut. Contohnya tentang cerita yang dinukilkan daripada Ufair bin Midan bahawa Umar bin Musa bin Wajih menceritakan daripada Khalid bin Madan. Kata Ufair “Lalu saya bertanya kepadanya, pada tahun berapakah anda bertemu dengannya?”. Lalu dia menjawab, pada tahun 158H di peperangan Armenia. Lalu saya berkata kepadanya “Takutlah kepada Allah wahai syaikh, jangan berdusta, Khalid meninggal dunia pada tahun 154. Saya ingin beritahu kepada kamu lagi, dia tidak pernah berperang di Armenia”. Ibid
Tanyajawab mengenai hadits dari sisi pemahaman islam logis, membahas mengenai bagaimana kefanatikan terhadap hadits muncul dsb. Dari sini, pengetahuan mengenai penulisan alquran, qiraat, ilmu tajwid dsb tidak bisa dan tidak pernah tergolong ke dalam hadits. Mereka bukanlah hadits yang baru muncul dituliskan dan disaring pada masa imam hadits.
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas. Urgensi Mempelajari Ilmu Rijalul Hadis Hadits adalah hal-hal yang datang dari Rasulullah SAW, baik itu ucapan, perbuatan, atau pengakuan. Hadist ini di tulis atau diriwayatkan oleh seseorang yang disebut juga perawi. Dalam periwayatan sebuah hadits itu terdapat seseorang yang sangat pandai dalam menuliskan apa yang dilakukan,disampaikan,dan ditetapkan oleh Rasullulah. Ilmu Rijalul Hadist atau juga disebut ilmu Rijal Al-Hadist merupakan salah satu cabang ilmu Ulum Hadist yang secara spesifik membahas tentang keberadaan para rijal hadis atau para perawi hadist . Dengan kata lain ilmu ini mempelajari tentang para periwayat hadist dalam kapasitas mereka dalam periwayatan hadist. Kedudukan ilmu ini sangat penting didalam periwayatan ilmu hadist, karena ilmu rijal al hadist ini mempelajari persoalan yang terdapat pada sekitar sanad dalam hadist. Sanad adalah suatu jalan yang menyampaikan menuju kepada hadits atau juga bisa diartikan jalan yang menuju kepada inti atau isi dari hadist tersebut matan. Dengan ini kegiatan perawi hadist juga bisa disebut sebagaiDalam pembahasannya menurut Muhammad 'Ajjaj al-Khatib membagi Ilmu rijal al-hadits ini terbagi menjadi 2 cabang yaitu ilmu yang membahas tentang keadaan-keadaan para perawi dari segi aktifitas mereka pada saat meriwayatkan hadist juga bisa disebut ilmu Tarikh al-Ruwah dan ada juga ilmu yang membahas keadaan-keadaan para perawi dari segi diterima tidaknya periwayatan yang telah mereka susun bisa disebut juga ilmu Jarh wa al- Ta'dil .Dengan kata lain ilmu ini mempelajari tentang para periwayat hadist dalam kapasitas mereka dalam periwayatan Tarikh al- Ruwah adalah cabang ilmu yang mempelajari atau juga membicarakan tentang keadaan para perawi hadist terutama pada saat kelahirannya, kewafatannya, guru-gurunya,negerinya ,tempat kediamannya atau juga rumah , perlawatan-perlawatannya dan segala hal yang mengenai perawi dan berhubungan dengan urusan. Hadist dengan kata lain ilmu ini membahas tentang biodata atau riwayat hidup seorang rawi tersebut semasa hidupnya namun yang berhubungan dengan cara bagaimana perawi tersebut meriwayatkan sebuah Jarh wa al-ta'dil adalah ilmu yang membahas tentang kritik yang berisi celaan maupun pujian terhadap para periwayat hadist. Ilmu ini mempelajari tentang apa saja tentang tanggapan-tanggapan orang lain tentang hadist yang diriwayatkan seorang perawi hadits bisa saja ada orang yang mendukung tentang isi hadits tersebut dan juga ada sebagian orang yang berpendapat terbalik yaitu justru celaan bagi sang periwayat hadist tersebut. Dalam ilmu ini sangat bermanfaat bagi siapa yang mempelajarinya karena dengan ilmu rijal al hadist seseorang mendapatkan gambaran bagaimana seorang perawi saat meriwayatkan hadist dan juga mengetahui latar belakang dari perawi hadist yang haditsnya masih berlaku sampai sekarang. Oleh karena itu para ulama islam pun juga sangat antusian dalam meneliti para perawi hadis .Sebagian para ulama modern sangat mementingan hal-hal ini karena dalam rijal hadist meneliti bagaimana sanad hadist,mereka juga ingin mengetahui ketersambungan sanad dan keterputusan sanad dalam suatu hadist. Begitupula ke-marfu'an hadist atau juga dikatakan hadis yang disandarkan kepada Nabi atau ke-mauqufan-nya bisa dikatakan dengan hadis yang disandarkan kepada sahabat Nabi. Oleh karena itu lah banyak ulama yang tergerak hatinya dalam penulisan berbagai keterangan yang berkenaan dengan para periwayat hadist, dan tidak sedikit pula ulama hadist yang banyak memiliki pengetahuan tentang sejarah para periwayat hadist .Tanpa adanya penulisan dan penjelasan tentang berbagai keterangan yang menyangkut dengan periwayat hadist itu, maka umat islam akan lebih mudah tersesat dalam memahami suatu hadist. Karena orang awam akan lebih mudah begitu saja dalam menerima hadist tanpa tahu siapa dan bagaimana orang yang meriwayatkan hadist tersebut. Mereka juga akan memahami apa saja yang dituliskan dalam hadist tanpa memperhatikan bahwa hadist itu sesuai ajaran atau tidak, dan yang lebih parahnya suatu hadist itu juga dapat tersebar tanpa mengenal siapa yang demikian jumlah periwayat hadist pun tidak sedikit , maka seorang ulama akan kesulitan menuliskan seluruh seluruh periwayat hadist dalam satu kitab tertentu. Oleh karena itu ulama ada yang menuliskan riwayat hidup seorang perawi saja atau keterangan yang berkenaan dengan Nabi. Ada juga ulama yang menuliskan tingkatan perawi rijal ini sangat bermanfaat dan sangat membantu para ulama pengkaji hadist yang ingin meneliti kualitas suatu hadist. Untuk mengetahui apa ilmu yang terkandung didalam hadist juga membutuhkan ilmu pengetahuan ilmu hadist yang tinggi dan memadai. Hal tersebut dimaksudkan kepada pengkaji hadist dapat mengadakan tarjih ketika dalam perbedaan REFERENSI Mukhtar, M. 2011. Penelitian Rijal Al-Hadis sebagai kegiatan ijtihad. Jurnal Hukum Diktum, Lihat Ilmu Sosbud Selengkapnya
EepS4kl. 66 331 456 147 150 82 17 450 472
pertanyaan tentang ilmu rijalul hadits